Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

Wan di Sarawak

Wan di Sarawak.
                 Ramai yang tidak mengetahui bahawa wujudnya 'Wan' di Sarawak. Wan di Sarawak merupakan keturunan Ahlul Bait iaitu keluarga Rasulullah. Namun terdapat salah faham di Semenanjung,Malaysia. Wan(Ahlul Bait) di Sarawak tidak sama dengan Wan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya Wan dari keluarga Rasulullah nama lelaki diletak Wan manakala perempuan pula Sharifah. Tetapi lain di Semenanjung Malaysia(di Kelantan). Nama 'Wan' digunakan untuk perempuan dan lelaki. Selain itu juga, bagi mengenalpasti Wan adalah dari Ahlul Bait, terdapat lagi gelaran di belakang nama seperti Al-Attas, Al-Idrus, Al-Yahya, Al-Saggaf dan banyak lagi. Keturunan ini banyak terdapat di Indonesia dan Sarawak. *(Ahlul Bait- Wan, Syed, Tuanku, Habib, Syeikh).