Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 30 Ogos 2013

SENI BUDAYA BERMUKUN DI SARAWAK

         Bermukun atau bergendang telah lama bertapak di bumi Sarawak. Terdapat dua elemen penting yang mesti ada dalam bermukun, iaitu seh gendang (tukang gendang -- selalunya 3 orang - wanita) dan penopeng (tukang tandak). Kadang-kadang ditambah pemain violin (akordian juga digunakan) sebagai penyeri irama.
         Bermukun membawa maksud berpantun. Dalam aktiviti bergendang, seh-seh gendang memainkan peranan untuk memulakannya. Para 'Tukang Tandak'(penari) akan berbalas pantun dengan seh gendang. Pelbagai jenis pantun digunakan seperti Pantun Kasih dan Pantun Jenaka.
         

              Pada zaman dahulu, bermukun selalu di buat pada malam perkahwinan. Ramai orang daripada pelbagai tempat akan datang. Ada satu perkara yang menarik tentang bermukun pada zaman dahulu. Tempat seh gendang ditutup oleh dua kain sehingga hanya menampakkan mata sahaja. Pada masa bermukun, selalunya golongan lelaki akan memandang seh gendang, dan kalau mereka berminat, insyaAllah ada lagi kenduri kahwin nanti. Maksudnya aktiviti bermukun ini juga boleh menjadi salah satu cara mencari jodoh.
             Dalam lagu bermukun, tema yang selalu digunakan adalah mengenai kasih dan cinta. Jadi, apabila lelaki ini memberi pantun yang bertanyakan samada si perempuan ini sudah berpunya dan si perempuan menjawap belum (dalam format lagu bermukun la), waktu itulah lelaki ini akan cuba menyunting si perempuan ini.
              
                                                TENGOK VIDEO BERMUKUN