Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 13 September 2013

Pusrawi International College of Medical Science (PICOMS)


Assalamualaikum.Pejam celik pejam celik WHWH dah nak belajar. Lama tunggu surat tawaran dari PICOMS akhirnya surat tawaran sampai jugak. WHWH mohon untuk pengambilan oktober 2013. Saya ditawarkan dalam Diploma Sains Perubatan, tempoh pengajiannya 3 tahun, bagi sesi Oktober 2013 dan yuran adalah 45 000. Yuran 45 000 tu termasuk penginapan, pengangkutan dan uniform.



Tarikh pendaftaran ialah pada 19.Oktober.2013 jam 8.30 pagi hari sabtu. WHWH bertolak ke Kuala Lumpur insyaAllah pada 12.Oktober.2013 jam 6 petang. Tiket penerbangan ditanggung Baitulmal. Jadi, ada masa seminggu lah untuk raound sana. Hehehe. Raya Haji pun kat Semenanjung la tahun ni.

Sabtu, 7 September 2013

FENOMENA BENAK (OMBAK BESAR) DI SARAWAK

         Benak merupakan fenomena ombak sungai(tidal bore) dimana air pasang dari laut "pecah" apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai.
    Benak di Batang Lupar mula-mula kelihatan di kawasan muara Pulau Seduku. Benak hanya berlaku di Batang Lupar, Sri Aman. Walaupun terdapat benak di Betong, Sarawak tetapi tidak sebesar di Sri Aman.

                    GAMBAR BENAK (OMBAK BESAR)






          Masa berlakunya Benak tidak diketahui secara kaedah saintifik tetapi orang tempatan dapat menjangka berlakunya benak melalui pengalaman turun temurun.

                                                 VIDEO BENAK (TIDAL BORE)

             Batang Lupar Sri Aman (tempat berlakunya benak) merupakan tempat asal usul Bujang Senang. Baca blog saya seterusnya mengenai Lagenda Bujang Senang di Batang Lupar ,Sri Aman, Sarawak.