Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 10 Disember 2013

Pusrawi International College of Medical Sciences Part II

Assalamualaikum. Dah dekat tiga bulan dah belaja kat sini, WHWH  nak kongsi sikit cerita masa mula-mula masuk sini dulu.  Masa hari  pendaftaran, rasa takut ada, rasa gembira tak sabar nak masok pun ada.  Memang tak tahu nak buat apa la  kat Kampus Batu Muda masa  tu, sebab tak kenal sape2 kan.

Masa nak masuk hostel tu, hujan lebat. Susah nak angkat-angkat barang dari kereta ke hostel. Hostel WHWH dapat kat PV16 Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. Masa tu sepupu WHWH suruh naik dulu, tengok-tengok je dulu katanya, lepas tu baru ambik barang dalam kereta. WHWH pun naiklah ngan mak. Bila dah naik tu, orang pertama  yang WHWH jumpa ialah Hisham. Masa tu WHWH tengah cari bilik, tak tahu nak masok bilik mana.
                                                                           NOOR HISHAM

Lepas dah pilih bilik tu, WHWH turun balik ke bawah untuk ambik barang semua. Lepas tu naik semula ke atas.  Lepas tu WHWH hantar mak WHWH kat lif, tinnggallah WHWH seorang. Masa tu tak kenal sape2  lagi.

Lepas tu WHWH jumpa ngan dua orang budak jambu ni. Masa tu dorang kejap je kat PV, WHWH jumpa dorang masa dorang nak balik. Pertama kali  WHWH tengok dorang, WHWH fikir dorang ni kembar.
                                                 SYAFIQ HANAFI & FURQAN RABBANI

Seterusnya WHWH jumpa ialah Abe Jo. Selepas lama duduk dalam bilik, petang tu nak dekat-dekat maghrib, WHWH keluar lah dari bilik dan pergi ke bilik Abe Jo sambil makan keropok. Dalam masa tu lah WHWH kenal dengan si comel Fahmi. Masa tu dia tengah sibuk buat air bagai.  Masa ni aku sempat tanya Fahmi “yang dua orang tadi tu kembar ker?”. Fami pun jawab “entahlah”.
                                                                                     ABE JO
                                                                           FAHMI RJ (MEHFII)

Tak lama lepas tu Ahmad pun masok dalam bilik tu jugak dengan muka baru bangun tido nye tu. Malam tu memang kita orang makan tu je, maklumlah hari pertama katakan. Keesokannya kita orang keluar  lunch sama-sama kat bawah. Balik je dari makan tu  jumpalah Syakir. Masa tu kita orang tengah main-main facebook. Aku paham perasaan dia, dia nak cari kawan sebaya dia sebab tu la benda pertama yang dia tanye kat WHWH ngan Hisham “kau umur berapa?”.
                                                                   AHMAD @ AM
                                                                                   SYAKIR


Masa hari orientasi tu, jumpalah ramai lagi kawan. Bye.


Ahad, 1 Disember 2013

BUJANG SENANG SARAWAK

Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai  Batang Lupar di Sri Aman.


                                                          GAMBAR BUJANG SENANG


                                    AGAK2 BERAPA ORANG BOLEH MASOK DALAM PERUT NI.


Melalui cerita lisan orang tua-tua di dalam masyarakat Iban yang mendiami kawasan sekitar Sungai Skrang Sarawak, beratus-ratus tahun dahulu ketika adat ngayau atau adat memburu kepala masih lagi diamalkan di dalam masyarakat pribumi telah gah seorang pahlawan Iban yang bernama Lungu. Pahlawan Lungu ini diceritakan sebagai seorang pahlawan yang hebat terutama sekali sewaktu beliau menyertai ekspedisi mengayau kerana menyebut namanya sahaja musuh sudah gerun, Dikatakan bahawa Lungu telah banyak membunuh dan juga memotong kepala musuhnya dan kehebatannya bukan sahaja di kawasan sekitar Sungai Skrang namun sehingga ke Batang Lupar. Diceritakan juga bahawa Lungu ini kebal iaitu tidak lut senjata dan kerana itulah beliau di dalam setiap peperangan dengan mudah membunuh musuhnya dan tiada tercalitpun kesan kecederaan pada dirinya. Perkara akan hal kebalnya pahlawan Lungu ini telah menyebabkan musuh-musuhnya bertekad untuk mencari kelemahannya agar mudah mereka membunuh pahlawan Lungu ini kelak.

Pada satu ketika, maka bertekadlah musuh-musuh Lungu untuk menculik isteri kesayangan Lungu dan diharap dengan menculik isterinya maka dapatlah mereka mengetahui kelemahan pahlawan Lungu. Isteri kesayangan Lungu telah diculik dan disembunyikan di suatu kawasan tidak jauh daripada Sungai Batang Lupar. Apabila mengetahui bahawa isterinya telah diculik maka marahlah Lungu dan beliau dengan seorang diri telah mengejar penculik-penculik isterinya sehingga ke Sungai Batang Lupar. Seketika di dalam penculikan itu, isteri Lungu telah diseksa oleh musuh-musuh Lungu demi mendapatkan rahsia kekebalan Lungu. Dek kerana tidak tertahan kepada keseksaan tersebut, isteri Lungu telah secara tidak sengaja membuka rahsia bagaimana untuk menewaskan Lungu. Setelah mengetahui rahsia kelemahan Lungu, musuh-musuh Lungu dikatakan telah melepaskan isteri Lungu namun apabila isteri Lungu terlerai dari ikatan tali pada tangannya, dimasa beliau berlari maka pihak musuh Lungu telah membaling tombak ke arah badan isteri Lungu maka matilah isterinya yang tidak berdosa itu.

Lungu yang melihat pembunuhan isterinya itu telah naik berang lalu bertarung dengan musuh-musuhnya. Namun sayangnya tanpa Lungu sedari bahawa rahsia kekebalannya telah bocor di tangan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Lungu dengan sengaja mengajak Lungu untuk bertarung dekat dengan air sungai kerana dikatakan kekebalan Lungu tidak menjadi sekiranya dia memijak air sungai ataupun bertarung di dalam sungai. Lungu yang sudah marah dan hanya ingin menuntut bela atas kematian isterinya yang dicintai sudah tidak mengindahkan pantangnya lagi dan terus bertarung. Akhirnya musuh-musuh Lungu berjaya membaling tombak dan kemudiannya Lungu tewas, Tidak cukup dengan kematian Lungu yang luka parah akibat ditombak, jasad Lungu juga disula terbalik dan mayat Lungu dan isterinya dibiarkan di tepi Sungai Batang Lupar agar ianya tenggelam dan dibawa oleh arus sungai yang deras apabila air pasang kelak.

Diriwayatkan bahawa mayat kedua-dua pasangan suami isteri iaitu Lungu dan isterinya setelah air pasang telah bertukar menjadi 2 ekor buaya besar. Salah seekor buaya besar ini mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang dikenali sebagai Bujang Senang. Mengikut cerita orangtua, buaya Bujang Senang ini telah bersumpah akan menuntut bela atas kematian mereka dengan akan menjadikan setiap generasi yang berkaitan dengan musuh-musuh yang telah membunuh mereka sebagai korban. Sehingga sekarang masyarakat setempat di sekitar Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa buaya Bujang Senang itu tidak mati kerana dia adalah buaya keramat penghuni Sungai Batang Lupar.


Inilah sekelumit cerita legenda buaya Bujang Senang yang amat terkenal di Sarawak. Ramai manusia yang telah menjadi mangsanya dan kita masih lagi tidak mengetahui samada benar atau tidak bahawa Bujang Senang telahpun terkorban seperti yang diwar-warkan pada tahun 1992. Sama-samalah kita berdoa agar semua mangsa-mangsa korban buaya Bujang Senang yang lepas-lepas tenang disisi Tuhan Yang Maha Esa. Amin.