Assalamualaikum. Dah dekat tiga bulan dah belaja kat sini,
WHWH nak kongsi sikit cerita masa
mula-mula masuk sini dulu. Masa
hari pendaftaran, rasa takut ada, rasa
gembira tak sabar nak masok pun ada.
Memang tak tahu nak buat apa la
kat Kampus Batu Muda masa tu,
sebab tak kenal sape2 kan.
Masa nak masuk hostel tu, hujan lebat. Susah nak
angkat-angkat barang dari kereta ke hostel. Hostel WHWH dapat kat PV16 Danau
Kota, Setapak, Kuala Lumpur. Masa tu sepupu WHWH suruh naik dulu, tengok-tengok
je dulu katanya, lepas tu baru ambik barang dalam kereta. WHWH pun naiklah ngan
mak. Bila dah naik tu, orang pertama
yang WHWH jumpa ialah Hisham. Masa tu WHWH tengah cari bilik, tak tahu
nak masok bilik mana.
NOOR HISHAM
Lepas dah pilih bilik tu, WHWH turun balik ke bawah untuk
ambik barang semua. Lepas tu naik semula ke atas. Lepas tu WHWH hantar mak WHWH kat lif,
tinnggallah WHWH seorang. Masa tu tak kenal sape2 lagi.
Lepas tu WHWH jumpa ngan dua orang budak jambu ni. Masa tu
dorang kejap je kat PV, WHWH jumpa dorang masa dorang nak balik. Pertama
kali WHWH tengok dorang, WHWH fikir
dorang ni kembar.
SYAFIQ HANAFI & FURQAN RABBANI
Seterusnya WHWH jumpa ialah Abe Jo. Selepas lama duduk dalam
bilik, petang tu nak dekat-dekat maghrib, WHWH keluar lah dari bilik dan pergi
ke bilik Abe Jo sambil makan keropok. Dalam masa tu lah WHWH kenal dengan si
comel Fahmi. Masa tu dia tengah sibuk buat air bagai. Masa ni aku sempat tanya Fahmi “yang dua
orang tadi tu kembar ker?”. Fami pun jawab “entahlah”.
ABE JO
FAHMI RJ (MEHFII)
Tak lama lepas tu Ahmad pun masok dalam bilik tu jugak
dengan muka baru bangun tido nye tu. Malam tu memang kita orang makan tu je,
maklumlah hari pertama katakan. Keesokannya kita orang keluar lunch sama-sama kat bawah. Balik je dari
makan tu jumpalah Syakir. Masa tu kita
orang tengah main-main facebook. Aku paham perasaan dia, dia nak cari kawan
sebaya dia sebab tu la benda pertama yang dia tanye kat WHWH ngan Hisham “kau
umur berapa?”.
AHMAD @ AM
SYAKIR
Masa hari orientasi tu, jumpalah ramai lagi kawan. Bye.